Saturday 16 July 2011

jenis - jenis kain t-shirt vintage

T-shirt  yang biasa kita pkai sekarang ( baju baru) adalah dibuat daripada 100% cotton.Disebabkan itu terasa panas jika kita memakainya kerana fabriknya amat tebal.
                                                               contoh tag 100% cotton
Tetapi terdapat juga kain 100% cotton yang dikategorikan vintage  di kenali sebagai 100 lama..Ia bergantung kepada tahun baju itu dikeluarkan.Fabric ini lebih lembut dan seperti kain 50/50.

kain 50/50 (50 % cotton,50 % polyster)


Kain ini lebih lembut kerana terdapat dua campuran fabrik digukan iaitu cotton dan polyster.Ini menyebabkan keselesaan kepada pengguna terutamanya di Malaysia yg beriklim panas.Terdapat beberapa jenis kain 50/50 iaitu berbulu, berpasir..ianya dapat dirasakn dgn sentuhan tangan.


tiga kain (cotton,polyster,rayon)
Penambahan rayon dalam fabric baju menyebabkan kain menjadi semakin lembut dan selesa di pakai.Tetapi peratusan rayon adalah yang paling sedikit didalam ketiga-tiga elemen ini.Jumlah maksimum rayon kebiasaannya adalah 15%..ataupun kurang daripada itu.Semakin rendah peratusan rayon semakin berkualiti baju itu.






































No comments:

Post a Comment